Sesaat melihat isteri meraung, merintih, meronta
sakit ketika hendak melahirkan anak, menginsafkan aku
betapa KUATnya seorang wanita.
Sesaat melihat isteri meraung, merintih, meronta
sakit ketika hendak melahirkan anak, menginsafkan aku
betapa KUATnya seorang wanita.
Esok ke Kluang. Berkursus untuk kerja baru. Terima kasih pada yang mendoakan. Akhirnya, aku berhijrah.
Aku di Stesyen Minyak X. Kerja. Berbual dengan juruwang berkenaan satu pertandingan, yang menawarkan t shirt sebagai hadiah.
“Kena ada slogan,” ujar juruwang A.
“Ada tulis dalam tu, tidak dibenarkan…” juruwang B.
“kakitangan Stesyen Minyak X untuk menyertai pertandingan ini,” Aku sambung kata-kata juruwang B, seorang pakcik Cina.
“Ya lah. Mana boleh. Itu macam, kena tulis tidak dibenarkan kakitangan Stesyen Minyak X isi minyak di Stesyen Minyak X. Baru betul,” hujah juruwang B.
“Betul juga, u pun customer juga!,” Aku.
Hmmm.
Dikirim dalam Sendiri | Tiada Komen »
Berurusan dengan orang yang tidak tahu tetapi sombong jauh lebih susah daripada berurusan dengan orang yang tidak tahu tetapi tidak sombong.
Panjang benor.
Singkatnya; janganlah kita jadi orang yang bodoh sombong.
Wuuuu.
Dikirim dalam Sendiri | Tiada Komen »
Berdebar-debar.
Dup. Dap.
Dup. Dap.
Macam nak tunggu result periksa.
Itulah debaran yang datang menjengah.
Apabila terdengar gosip, result interview akan keluar dalam masa terdekat.
Ohh.
Dup. Dap.
Dup. Dap.
.
Dikirim dalam Sendiri | Tiada Komen »
“stimulate”
“simulate”
Dua istilah berbeza. Bunyi pun ketara beza. Cuma hujung-hujung macam nak sama bunyinya.
Tapi, aku perasan, ada beberapa rakan aku yang tersilap menggunakan dua istilah ni.
Contoh: “Cuba kau stimulate kes tu dekat office, kita tengok hasilnya,”
Stimulate. Simulate. Hmmm.
Dikirim dalam Uncategorized | 2 Komen »
Aku sampai Kuala Lumpur dalam pukul 10 pagi. Keluar flight, jalan pergi tempat pungut bagasi.
Tunggu dalam lima minit. Beg aku keluar. Pungut.
Tunggu sepuluh minit. Kotak pertama aku keluar. Pungut.
Ada satu lagi kotak. Kecil je. Tak keluar lagi.
Lima belas minit. Hampir semua yang sama flight dengan aku dah blah.
Tinggal dalam tiga orang lagi. Ada seorang perempuan. Kecil-kecil comel. Bukan, dia bukan tunggu untuk pungut beg. Dia staf MAS. Bahagian jaga bagasi, mungkin. Dari jauh dia signal something kat aku. Aku buat-buat faham sambil cakap “A’ah, ada satu barang lagi,”
Lima minit. Kotak aku tak sampai lagi. Dia datang dekat. Menghiraukan baki penumpang lain yang sedang tunggu beg. “Ada sekor lagi ya?”
Esyh, apa barang minah ni. Ada dia sebut sekor. Jenis minah selamba kot? Ke, aku salah dengar? Dengan gentleman, aku jawab. “A’ah, ada satu kotak lagi, kecik je,”
“Ok, encik standby, jap lagi sampai laa tu,”
Lima minit.
Taraaaaaaaa! Kotak kecil aku pun keluar. Comel je.
“Eh, dalam kotak ni, tak mati ke?”
“Mati???”
“Eh, encik bukan bawa anak kucing ke?”
“Eh???!!!”
“Laaa, salah faham…”
…
Gadis MAS tu pun terus berkomunikasi dengan rakannya menggunakan walkie talkie, dan aku, cuma tergelak kecil dalam hati.
Lucu beb!
Aku di Kuching, Sarawak.
Pertama kali sampai. Semalam, di Kota Kinabalu. Sudah pernah sampai.
Kuching, aku tak rasa ‘jauh’ sangat. Mungkin kerana ramai Melayu, dan bandarnya tak jauh beza dengan bandar-bandar di Semenanjung. Aku berani jalan kaki sorang-sorang, malam-malam. Kalau kat Kota Kinabalu, Labuan, wooo, fikir dua tiga kali. Mungkin perasaan aku saja, atau mungkin sebab amaran daripada pemandu teksi yang bawa aku dari airport ke hotel.
Aku di Kuching, semalam sampai, dari Kota Kinabalu. Aku sampai Kota Kinabalu sama hari dengan hari Yong Teck Lee acah-acah Perdana Menteri. Woo.
Buat masa ini, semuanya nampak tenang. Masih tidak nampak kemungkinan akan berlaku ‘domino effect’ atau tsunami politik yang kedua. Semua masih ‘kelihatan’ tenang. Tapi, politik , siapa boleh jangka?
Woo.
Ok, ini bukan ‘blog politik’.
Aku di Kuching. Banyak juga benda menarik di sini. Juga banyak tempat menarik. Tapi memang tak sempat aku nak lawat, masa terlalu singkat. Tadi, kawan bawa ke kilang Kek Lapis Dayang apaakudahlupa. Kek lapis murah woo. Nak beli ikan masin tak sempat, dah malam.
Sekarang jam sudah 11:37, 12 tengah malam, cc ni tutup. Esok pagi-pagi, aku kena bangun. Flight jam 8.20am. Ok, Kuching. Jumpa lagi!
Meowwwwwwwwwwww.
Dikirim dalam Uncategorized | 4 Komen »
Assalamualaikum,
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya akan hadiri temuduga kerja pada hari Selasa ini.
Bukan main-main punya kerja. Betul-betul punya kerja. (Mungkin kamu akan bertanya, “ada ke kerja main-main?” - jawapan aku, “tak ada,” tapi kerja yang aku nak hadiri temuduganya pada hari Selasa ini, memang betul-betul punya kerja, bukan main-main punya kerja.)
Harapan saya, tuan-tuan dan puan-puan, tolonglah doakan saya ya. Berkat doa saudara seIslam, yang dekat dan jauh, moga-moga, termakbullah harapan saya, dan semoga kebahagiaan saya itu, dapat dikongsi bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan semua. Amiin.
“Hai, bawa payung ni, dah nak balik ke?” Tanya K, jam baru dalam 4.30 petang. Aku malas nak jawab. Senyum je. Macam biasa. “Ready untuk price change malam ni. Haaa… Tak balik laaa kita semua,” sambung K. Price change? Petang lagi sikit, dalam pukul enam, dah tersebar pasal harga petrol naik. Sms dah masuk. Internet dah ada. Segala jenis kenderaan beroda dah beratur dekat station-station minyak. Semua dah goyang! Dekat ofis, pihak pengurusan dah mula bincang strategi bagi menguruskan kenaikan harga minyak yang bakal diarahkan pada bila-bila masa. Station yang kita orang jaga ada dalam 800 lebih. Dalam 400 station boleh update secara online, baki lagi separuh, kena call dan guide untuk tukar harga, atau yang mana sempat, support engineer akan pergi terus ke station dan tolong tukarkan. Aku punya kerja, kena kemaskini panduan tukar harga (manual), mujur template waktu tukar kali terakhir dulu senior dah buat cun punya. Aku cuma perlu tukar screenshot harga baru dan tambah apa-apa yang patut. Dah siap, aku brief team helpdesk dengan team support engineer satu round. Pukul lapan malam, bos dapat confirmation call. Harga petrol, diesel, ron92 (minyak merah), dan kerosene untuk semenanjung, sabah, dan sarawak dah dapat. Aku kena betulkan sikit manual aku, untuk petrol, RM2.700 kena tukar jadi RM2.704. Operasi pun bermula. Tengah-tengah kalut, dapat laporan ada station dekat Bangsar system down. Pegawai KDNHEP pun khabarnya ada kat sana, support engineer yang ada kat ofis bergegas ke sana. Aku cover tempat dia. Call station. Mencabar juga. Lebih-lebih lagi station yang cuma ada satu komputer untuk jualan. Proses tukar harga akan ganggu operasi dalam sepuluh minit. Pembeli tengah padat kat luar. +”Encik, masukkan i.d pengurus, tekan butang tu, tekan butang ni,” Masuk jam 12 tengah malam, ada sikit lagi station belum sempat call. Semua berhempas pulas. 12.30 pagi. Malam tu, aku tidur puas-puas. Takde kesian punya. Tanpa aku sedari, segala yang aku catat di atas, berulang lagi sekali! (Kementerian bagi arahan terbaru, harga RM2.704, turun jadi RM2.700).
-”Eh, tak boleh tekanlah. Tak ada apa-apa pun,”
+”Eh???”
-”Eh, boleh-boleh,”
+”……………..”
Kami tertumpu pada operasi follow up. Call balik station untuk pastikan tepat jam 12.00 tengah malam tadi, harga dah bertukar.
1 pagi.
2 pagi.
“Eh, kalau macam ni punya penat, PKR nak turunkan harga minyak pun aku tak mahulah,” ada suara berseloroh.
3.00 pagi.
3.30 pagi
Balik. Sampai rumah jam 4 pagi. Tidur. Jam 10 pagi masuk ofis. Ada kawan sorang MC. Ada tiga orang tak balik dari semalam. Aku, tepat 5.30 petang, aku gerak terus. Tak larat!
…………
Dikirim dalam Sendiri | Tiada Komen »